Saturday, March 24, 2012

CITA-CITA DI LUAR KOTAK KEMATIAN

24 Mac 2012, Markas PERUBATAN Abou Risy - Alhamdullillah, buat pertama kalinya Biro Pembangunan Insan Gen X berjaya mangadakan sebuah kursus jenazah untuk ahlinya. Cetusan idea ini telah diilhamkan sendiri oleh ketua Biro Pembangunan Insan, saudara Mohammad Munawwir Hassan selepas menonton sebuah video ceramah daripada ustaz Don Daniel.




Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Azri bin Abd Rahman bermula seawal jam 9 pagi apabila pembentang kertas kerja pengurusan jenazah, ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee, sampai ke markas. pembentangan kertas kerja ini berkisar tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekitar menziarahi orang sakit, sebelum meninggal dan pengurusan jenazah.

Penyampai memberikan kursus secara teori pada separuh masa pertama dan mengajar secara praktikal pada separuh masa kedua. kami diajar cara-cara memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah. selain itu, ustaz Syed juga menceritakan pengalaman sepanjang menguruskan jenazah di bumi Mesir ini.




Secara keseluruhannya, program ini dikatakan berjaya kecuali pengurusan masa yang kurang lancar kerana pelbagai soalan-soalan yang ditujah kepada ustaz menyebabkan masa program terlajak melebihi sejam.





Ilmu fardhu kifayah ini sangat penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kematian, samada ahli keluarga yang terdekat ataupun apabila diminta oleh orang-orang di sekeliling kita. Realiti masa ini, anak muda jarang mengambil penting urusan-urusan 'terpencil' seperti pengurusan jenazah dan sebahagian daripada kita meninggalkan terus perkara-perkara sebegini. Buktinya, kekurangan penyebaran ilmu pengurusan jenazah kepada masyarakat membawa kepada penubuhan khairat kematian di masjid-masjid. Jadi, selaku insan yang cakna, kita tidak dapat tidak perlu untuk mempelajari ilmu ini supaya dapat menyediakan 'khidmat terakhir' setidak-tidaknya kepada kedua ibu bapa kita.


Bersedia atau tidak, kematian itu satu yang pasti. Bukan sahaja perlu untuk kita sedar betapa dekatnya kita dengan kematian, tetapi juga perlunya kesedaran yang tinggi terhadap ilmu-ilmu disebalik sebuah kematian. perlu diingat, ilmu pengurusan jenazah bukannya ilmu yang diturunkan kepada satu garis keturunan yang perlu diwarisi secara ekslusif kepada sekelumit umat sahaja, tetapi perlu dipelajari oleh setiap daripada kita.

Buat akhirnya, syabas diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini.


"cita-cita diluar kotak kematian"


3 comments: