Monday, March 26, 2012

AYATUL USB



KHALIFAH





MAKSUD :
”Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka berkata, "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." AL- BAQARAH :30
TAFSIR AYAT (BERDASARKAN TAFSIR IBNU KATHIR)
Allah berfirman, (“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.”) Ayat ini mengingatkan kepada Nabi Muhammad mengenai firman Allah kepada malaikat tentang kejadian Adam untuk diceritakan kepada kaumnya. (“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.”) Khalifah bererti suatu kaum yang akan menggantikan satu sama lain, kurun demi kurun, dan generasi demi generasi.
Firman Allah, (“Mereka bertanya : Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah?”) Ayat ini seakan bermaksud Allah memberitahu kepada para malaikat bahwa apabila di bumi ada makhluk, maka mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di sana. Abdur Razaq, dari Muammar, dan dari Qatadah berkata berkaitan dengan ayat ini, pertanyaan malaikat ini bukanlah sebagai bantahan kepada Allah kerana malaikat disifatkan Allah sebagai makhluk yang tidak dapat bertanya apa yang tidak diizinkan-Nya.
Ibnu Juraij berkata bahawa sesungguhnya para malaikat berkata menurut apa yang telah diberitahu oleh Allah kepadanya tentang keadaan penciptaan Adam. Ibnu Jarir berkata, sebahagian ulama mengatakan, sesungguhnya malaikat bertanya demikian kerana Allah mengizinkan mereka untuk bertanya tentang hal itu setelah mereka diberitahu bahawa khalifah itu terdiri daripada keturunan Adam. Mereka bermaksud mengatakan bahwa di antara keturunan Adam itu ada yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah. Pertanyaan itu bersifat mencari dan ingin tahu tentang hakikat hikmah penciptaan itu.
Sebagai jawapan atas pertanyaan mereka, (“Allah berkata, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”) yakni Allah mengetahui kemaslahatan yang baik dalam penciptaan makhluk yang suka melakukan kerosakan seperti yang disebutkan malaikat, dan kemaslahatan itu tidak diketahui oleh malaikat, kerana Allah akan menjadikan diantara mereka para nabi, rasul, orang-orang saleh, dan para wali.
Ayat ini merujuk tujuan kedua dari penciptaan manusia, iaitu menjadi seorang khalifah di bumi. Dalam erti kata lain, khalifah juga dapat dimaksudkan sebagai khalifah (pemimpin) terhadap diri sendiri. Kita dituntut untuk memimpin diri kita sesuai dengan tujuan penciptaan manusia yang utama iaitu untuk menyembah Allah.
HUKUM TAJWID




0 comments:

Post a Comment