Wednesday, March 20, 2013

JAKSI PERUBATAN : Laporan Kes Melibatkan Mahasiswa Malaysia

KAHERAH, 17 Mac- Seorang mahasiswa Malaysia kehilangan sebuah motosikal baru-baru ini. Mangsa dikatakan meletakkan motosikalnya di dalam kawasan universiti berdekatan dengan bangunan Jabatan Farmakologi dan Parasitologi. Malangnya, mangsa tidak mengunci tayar motosikal tersebut lalu memudahkan pencuri untuk mengambil kesempatan. Tambahan, motosikal mangsa tidak mempunyai sebarang nombor plat pendaftaran dan ini menyukarkan siasatan polis untuk mengesan motosikal mangsa.

Pihak JAKSI sekali lagi ingin mengingatkan kepada mana-mana pelajar yang memiliki motosikal agar meningkatkan langkah-langkah keselamatan seperti mengunci tayar motosikal, memasang alat penggera dan menyempurnakan proses membuat nombor plat pendaftaran motor bagi memudahkan urusan siasatan pihak polis andai sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa motosikal anda.

Letakkan motosikal di kawasan yang lebih selamat seperti di hadapan bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Shu'un Tullab), kawasan letak kenderaan berpagar di hospital lama universiti dan kawasan-kawasan berpagar berdekatan dengan pintu masuk hospital lama universiti.

"Haq Tertegak, Bi'ah Terpelihara"

JAKSI PERUBATAN 2013/2014

Sebarang laporan dan aduan, sila hubungi :
Aimatnuddin Husairi bin Hassan – 0114 7626435
Siti Rokiah binti Ishak - 0111 5813604

0 comments:

Post a Comment