Friday, April 22, 2011

Iftar Jamaie dan SC Gabungan- Kali Kedua


Fustat, 22 April - Iftar Jamaie batch generasi ke-10 telah diadakan buat kali kedua di BEIT SMART MUSLIM. Iftar Jamaie ini diadakan dengan tujuan untuk menerapkan amalan-amalan sunat iaitu berpuasa sunat bagi setiap hari Isnin dan Khamis di samping merapatkan lagi hubungan sesama ahli batch. Majlis yang diadakan begitu meriah dengan bertambahnya jumlah ahli batch yang hadir berikutan kepulangan kesemua ahli batch selepas evakuasi revolusi Mesir berbanding Majlis Iftar Jamaie kali pertama yang diadakan ketika masih ada segelintir ahli batch yang berada di Malaysia.

Majlis dimulakan selepas Solat Fardu Maghrib. Konsep Iftar yang diadakan menggunakan konsep 'pot luck' dimana setiap rumah dikehendaki membawa lauk ataupun manisan. Kesemua Ahli batch sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan.


  
 





 Iftar Jamaie seterusnya diteruskan dengan Bacaan Surah Yaasin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Badri bin Ahadin dan juga sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ketua Batch Rafhan Ridha.
    









Secara keseluruhannya, ahli batch sangat berpuas hati dengan program yang diadakan. Majlis berakhir Sebelum Isyak dan diteruskan dengan program SC Gabungan yang diadakan oleh PERUBATAN.

Smart Circle GABUNGAN

 SC gabunngan yang diadakan buat kali kedua juga pada kali ini membincangkan mengenai kitab 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam'  bahagian kedua yang dikarang oleh Syeikh Fathi Yakan. Daurah kali ini telah disampaiakan olah Ustaz Subki bin Zakaria daripada Universiti Al-Azhar Jurusan Syariah Islamiah. Pada Sc Gabungan kali ini, Ustaz telah membincangkan mengenai topik yang amat dekat dengan pelajar Islam spesifiknya pelajar Mesir mengenai Harakah Islamiyah.

Diharapkan SC Gabungan kali ini dapat memberikan pencerahan ilmu yang mantap kepada semua ahli batch generasi 10.

1 comment: