Saturday, April 23, 2011

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yassin, dan SC Gabungan Akhawat

ABU RISH,22 April-Majlis solat hajat beserta bacaan yassin telah diadakan di Beit Rahmah. Majlis yang bermula pada jam seawal 6.30 petang dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti oleh solat hajat dan bacaan yassin bersempena peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bacaan Yassin

Penuh penghayatan

Selesai majlis tersebut, majlis disambung dengan agenda makan-makan di mana pelajar-pelajar membawa 'pot luck' mengikut rumah masing-masing.









SC GABUNGAN

Setelah selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan Smart Circle (SC) Gabungan yang dianjurkan oleh pihak PERUBATAN yang bermula pada pukul 8.00 malam.Topik yang dibincangkan pada kali ini ialah 
''ماذا يعني انتمائي للاسلام'' , ''Apa Erti Saya Menganut Agama Islam'' yang merupakan kesinambungan daripada SC Gabungn sesi pertama.




Pelajar-pelajar khusyu' mendengar perbincangan ilmu

Penceramah





Sesungguhnya topik yang dibincangkan sangat berguna kepada semua pelajar dalam mempertingkat kefahaman yang lebih mendalam terhadap agama Islam itu sendiri. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.



''Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'' . (Luqman 31:27)


Maju GenX untuk PERUBATAN

2 comments:

  1. mane gambar mknn! x de pon...haha

    ReplyDelete
  2. sambal belacan: gambar makanan ada tp xlawa,xle masukkan.sowi..(cameraman lapar sgt smpai lupa amik byk2) :p

    ReplyDelete