Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN KAREEM

Bismillahhirahmanirrahim~~ salam ramadhan kepada semua sahabat yang berada di malaysia mahupun di mesir:) hari ni sudah masuk hari ke-3 kita menunaikan rukun islam yang ke-3,semoga kita terus diberi kekuatan untuk menghadapi bulan yang mulia ini.
Cuba tanya kepada diri kita,tahun ini sudah ramadhan yang ke berapa yang kita tempuhi.Mugkin ada yang menjawab 18,19 ataupun 20.Peluang yang begitu lama yang dikurniakan Allah untuk kita,tetapi adakah kita sudah memahami apa itu ramadhan? Rasullullah diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan hanya 9 kali, adakah amalan Ramadhan kita sebaik Rasullullah?ada yang mengatakan Rasullullah itu terpelihara daripada dosa, kekasih Allah..tetapi pernah kita mencuba untuk memperbaiki Ramadhan kita untuk menjadi sebaik Rasullullah.

Dimana sebenarnya Ramadhan kita?hanya di depan kaca komputer melayari FB, bloggers or utube atau tidur selepas subuh dan hanya bangun setelah azan zuhur berkumandang???
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:
2_183
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”

mari kita menyingkap sejarah bagaimana mereka yang tidak memahami ramadhan itu berhadapan dengan ramadhan:
pada tahun 1961 , Presiden Tunisia pertama Habib Borguiba mengemparkan seluruh dunia islam dengan mengeluarkan larangan berpuasa kepada rakyat Tunisia pada bulan ramadhan. Untuk menunjukkan ketegasan mereka terhadap larangan ini, Habib bersama menteri kabinetnya makan tengahari beramai-ramai dan disiarkan di televisyen. Habib mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana beranggapan berpuasa dapat mengurankan produktiviti negara.
Mungkin habib tidak pernah membaca sirah nabi, orang islam memenangi perang badar pada bulan ramadhan. fathul makkah juga pada bulan ramadhan.
Kita pula bagaimana?mereka yang tidak mengerti ramadhan akan menjadikan alasan Ramadhan untuk mereka menjadi lebih malas dan kurang daya saing?tidak orang seperti ini mengiyakan apa yang dilakukan Habib.
Rasailah Ramadhan degan hati bukan hanya dengan akal.Seperti sesorang yang pergi ke pantai dan hanya merasai dengan akal, orang itu hanya dapat melihat pantai dan buih2..tetapi berbeza dengan mereka yang merasai dengan hati dan akal,orang itu dapat merasakan kehebatan ciptaan Allah.









Kita selalu terdengar ungkapan jadikan Ramadhan itu sebagai madrasah. Tetapi bagaimana untuk kita aplikasikan Madrasah Ramadhan. Madrasah iaitu sekolah dan setiap sekolah mestilah terdapat sukatan. Sukatan untuk Madrasah Ramadhan ialah TARBIAH, TA'LIM TILAWAH DAN TAADIB.












Tarbiah Ramadhan begitu isitimewa.Ramadhan dapat mendidik manusia untuk mengawal nafsu mereka.tidak dipanggil Tarbiah jika kita terpaksa berlapar kerana tidak ada makanan,tetapi terdidik jiwa dengan kita terpaksa bersabar menahan nafsu untuk makan sedangkan makanan terhidang didepan mata.istimewanya Ramadhan ini.
Ta'lim.Ramadhan adalah masa untuk kita menambahkan ilmu kita disamping mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.memperbayakkan bacaan al-Quran kerana Ramadhan merupakan bulan diturunkan al-Quran.
Tetapi ingatlah kita jangan menjadi 'hamba kepada ramadhan' tapi hamba kepada Allah. Kita jangan berlumba-lumba mencari ibadah hanya pada bulan ramadhan tetapi 11 bulan yang lain ibadah kita sambil lewa seolah-olah umat islam mempunyai 2 identiti,manusia Ramadhan dan manusia biasa. Jadikan ramadhan sebagai satu medium untuk kite mempertingkatkan ketakwaan kita pada bulan-bulan yang lain.



buat sahabat-sahabat yang kurang cemerlang pada peperikasaan hari itu,bersabarlah dan anggap sebagai satu ujian. Ujian merupakan cubitan sayang daripada Allah.
' kalau dalam keadaan lampu terpadam dan kita mencari-cari arah cahaya, tiba-tiba kita ditampar dengan kuat. Kita mesti terasa sakit hati,marah dan cuba mencari siapa yang menampar kita. Apabila lampu sudah dibuka kita terkejut dan melihat orang yang menampar kita itu ialah orang yang paling kita sayang.pasti kita tidak marah dan rasa ingin ditampar sekali lagi. begitulah dengan ujian daripada Allah.'(petikan daripada novel stanza cinta)
p/s : first time tulis blog ni..maaf jika ade penggunaan kata yang kurang tepat dan bahasa kurang menarik:D..salam ramadhan semua:)



11 comments:

  1. kalo camtu boleh la tampar org yg syg kita tiap ari.yay! :P

    ReplyDelete
  2. gmbr laut 2 drpd camera aku..
    bgga aku..
    hahaha..

    ReplyDelete
  3. aku dah kate khair ni ade bakat!keh3

    ReplyDelete
  4. Read : KOMEN PERASAN BAGUS

    Penulisan yang menarik bg seorang amatur namun pendekatan agak cliche.
    Juga banyak isi diceduk dari sumber-sumber konvensional
    seperti blog saifulislam, dan novel (stanza cinta)
    menampakkan penulis masih lagi tercari-cari identiti dengan
    meniru orang lain,jadi, kantoi di situ.
    Banyakkan sumber rujukan, luaskan skop perbincangan, bawa kehadapan idea-idea yang kritikal sesuai dengan taraf seorang mahasiswa
    Insyaallah Nuffnang menanti anda (ni lawak2 blogger je paham

    ReplyDelete
  5. ak faham!!! hehe..skrg ade lagi mahal la dari nuffnang *macam la traffic ak sendiri tinggi.. =P

    ReplyDelete
  6. nuffnang tu sume org bole buat.. =,=

    ReplyDelete
  7. mksud aku income dari nuffnang laa...aku dgr top 5 blogger msia income cam RM 10,000...lg tggi dr doktor, xyah blaja jauh2

    ReplyDelete