Wednesday, March 20, 2013

Bengkel Grafik Capai Sasaran

7 April 2012,  Markaz Abou Risy- Biro Multimedia Gen X telah menganjurkan sebuah bengkel grafik sebagai salah satu aktiviti batch kesinambungan dari Bengkel Grafik anjuran PERUBATAN. Hal ini kerana pihak Biro Multimedia berasa bertanggungjawab apabila menerima aduan bahawa ramai ahli batch yang berminat untuk menyertainya tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut atas kekangan bilangan peserta yang terhad.

Bengkel ini berjaya mencapai sasaran apabila lebih daripada 1/4 warga batch menyertai bengkel ini terutamanya akhawat. Tenaga pengajar terdiri daripada warga Gen X sendiri, Muhammad Aisar Ayadi bin Kamaluddin yang mengajar asas Photoshop CS5 serta Umar Hakimin bin Mohd Ghani, pelajar Tahun 5 Universiti Kaherah bagi peringkat yang lebih advance.


  ********************gambor*****************************


Respon dari para peserta sangat memberansangkan dan mereka berpuas hati menyertai bengkel ini. Semoga bengkel grafik yang telah dianjurkan oleh Biro Multimedia Gen X mampu melahirkan pembuat poster, pakar grafik, dan designer yang akan menyumbang untuk PERUBATAN seterusnya menggunakan skill yang dipelajari sebagai satu nilai tambah untuk menyebarkan dakwah.


*Terima kasih kepada semua AJK yang menguruskan bengkel ini. Moga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk kalian :)

0 comments:

Post a Comment