Wednesday, March 20, 2013

Author GenX : Sistem auto indeks artikel

Assalamualaikum w.b.t, 

Pertamanya nak wara-warakan pasal blog batch yang sudah diperelok sedikit sebanyak. 

Keduanya, nak maklumkan kepada para penulis GenX tentang sistem auto indeks yang akan digunakan dalam blog ini selepas ini. 

Kalau tengok di bahagian atas blog ni, Kita dah ada beberapa kategori, seperti Akademik GenX, Aktiviti GenX dan Menarik.

Semua post dalam blog ini akan disusun mengikut kategori-kategori yang ada diatas, namun penulis artikel kenalah labelkan artikel mereka dengan betul. 

Setiap item yang dipost boleh diletakkan lebih dari satu label, ikut kesesuaian, dan kalau nak tambah label-label sendiri pun tak ada masalah. artikel yang tak ada label akan keluar di main feed ( home) dan tidak tersenarai dalam kategori-kategori di atas ni . 

a) Macam mana nak letak label :


tengok gambar yang admin dah share di atas ni. Lepas dah tulis artikel , tekan je butang label tu dan tulis atau pilih label yang bersesuaian . siap, tekan publish :) 

Label yang ada auto indeks ni perlu dieja sebiji dan sebijan seperti yang di list kat bawah ni yek. kalau tak, dia akan keluar pada kategori lain. 

b) Label-label yang ada auto indeks :

1) Indeks di bawah kolumn "Menarik" : 

i) Artikel : Hampir semua post (tazkirah ke, pandangan ke) pakai label ni. 
ii) Ulasan Buku :  Kalau post pasal book review, gunakan label ni. jangan lupa untuk tambah label 'Magen' juga
iii) Gambar : Post komik dan gambar-gambar menarik.
iv) Video : untuk post yang ada video atau memang nak share video
v) Seni : post cerpen, sajak, puisi dan lain-lain

2) Indeks di bawah kolumn "Aktiviti GenX" : 
i) Magen : post berkaitan Magen dan ulas-mengulas buku
ii) Tazkirah : Apa-apa post berkaitan Tazkirah. jangan lupa untuk tambah label 'BPI' juga.
iii) BPI : post berkaitan BPI.
iv) Futsal : post tentang bila waktu main futsal
v) Sukan : untuk post berkaitan sukan dan aktiviti luar. 
vi) Program Khas : apa-apa program special bawah batch

2) Indeks di bawah kolumn "Akademik GenX" : 
i) Dropbox : BUKAN label. ni link semata-mata
ii) Akademik : apa-apa je info, cerita or benda menarik tentang apa-apa yang kita belajar . biasanya akan diguna dengan label lain sekali. 
iii) Parasitology : Perkongsian berkaitan Parasitology
iv) Pharmacology : Perkongsian berkaitan Pharmacology
v) Pathology : Parasitology : Perkongsian berkaitan Pathology
vi) Microbiology  : Perkongsian berkaitan Microbiology
vii) Peperiksaan : Perkongsian apa-apa berkaitan peperiksaan.
viii) Jadual Peperiksaan : Perkongsian tarikh, masa exam. jangan lupa gunakan label 'Peperiksaan' juga. 

2) Indeks di bawah kolumn "Notis dan Persoalan" : 
i) Nota AJK Batch : post oleh AJK batch, ajk-ajk kecilnya serta kuncu-kuncu yang berkaitan.
ii) Lain2 : Post-post lain seperti bikon, aqsa perubatan dan lain-lain. 

Selamat menggunakan blog dan study smart! :) 


0 comments:

Post a Comment