Wednesday, March 20, 2013

Beberapa Kesalahan Berhari Raya

Assalamualaikum w.b.t. ,

Diharap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Al-maklumlah tidak lama lagi kita semua akan menyambut perayaan Aidilfitri. Semestinya pelbagai persiapan sedang dilaksanakan.

Sesuailah dengan perkara yang akan saya kongsikan pada hari ini berkaitan dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kita semua menjelang lebaran ini. :)

1)Bermegah-megah dgn persiapan hari raya yg melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.

2)Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.

3)Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara- mara, rakan taulan, tetapi sibuk menonton TV di rumah.

4)Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat subuh dan Zohor.

5)Minta maaf bermusim; hanya pada hari raya sahaja.

6)Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi

7)Makan berlebihan

8)Raya sebulan sehingga terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan syawal.

0 comments:

Post a Comment